NASI DAGING

Assalamualaikum semua😊 haiiiii!!!
Kali ini saya akan berkongsikan resepi Nasi Daging dari ayah saya.. senang je pon... kalau Nasi Daging ni ayah akan masak waktu hari raya haji...memang setiap tahun la ayah akan buat.. kalau tak buat.. tetamu yang datang akan tanya la...kenapa tak buat nasik daging..kat sini la kami bole makan nasi daging..ayah saya seorang yang boleh tahan jugak la dalam bidang masakan..cuma bukan untuk lauk-lauk lah..yang lauk-lauk tu..ibu je power..ayah boleh masak pelbagai jenis nasi..macam nasi ayam,nasi tomato,nasi briani..macam-macam lagi la..tapi kalau makan nasi dagibg..kena ada air asam dengan kari daging atau kari ayam..baru rasa dya punya nikmat tu..perggghhhhh..nak nak daging yang fresh..memang lembut la.. ibu yang selalunya akan buat kari daging atau ayam dengan air asam.. saya cuma tolong apa-apa yang patut dengan bancuh air..selalunya ayah akan bangun awal dalam pukul 5 untuk siap-siap buat nasi...sebab takut lambat siap untuk pergi solat sunat hari raya... barang-barang memang ayah akan siapkan dari malam sebelum raya lah ..senang nak terus masak kalau bangun pagi nanti..
Jom lah kita tengok resepi NASI DAGING NI😋

BAHAN-BAHAN :
1 kg daging dipotong dan direbus
6 cawan beras
2 sudu besar rempah kurma
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
1 sudu besar marjerin
1 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Daun pandan
1/3 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
CARA PENYEDIAAN :
* rebusan daging - rebuskan bersama halia,sedikit garam dan daun pandan*

1. Panaskan marjerin.
2. Tumiskan bawang merah,bawang putih ,kulit kayu manis, bunga cengkih,buah pelaga, rempah kurma dan kiub pati ayam. Tumis sehingga berbau harum.

3. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pandan yang disimpul kan.
4. Masukkan 5 cawan air rebusan air daging dan susu cair.
5. Masukkan campuran tadi ke dalam periuk nasi dan masakkan nasi tersebut.
6. Masukkan nasi daging yang telah dimasak ke dalam bekas yg bersesuaian..dan taburkan bawang goreng dan daun sup yang dipotong sebagai hiasan.
AIR ASAM :

BAHAN-BAHAN :
2 biji bawang besar
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 biji cili hidup
Sedikit air asam jawa
1 sudu teh sos cili
Sedikit garam dan gula
Sedikit belacan
1 sudu makan kerisik


CARA PENYEDIAAN :
1. Hiriskan bawang besar,tomato,cili padi dan cili hidup.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris tadi kedalam bekas ya g bersesuaian.
3. Masukkan air asam,sos cili, garam,gula,belacan dan kerisik ke dalam bekas tadi.
4. Gaulkan sehingga sebati.
KARI AYAM


BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2 biji kentang (potong dadu)
1/2 biji bawang
3 ulas bawang putih
Sedikit air asam
1 cawan santan
5 sudu besar rempah kari ayam
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Halia (dihiris)
Daun kari
Air
Minyak
Gula

Garam

CARA-CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,bunga cengkih,halia,daunkari, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga keperang-perangan. 

2. Masukkan rempah kari (api kecil) dan masukkan sedikit air dan kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan sebentar sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan kentang dan biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan santan dan sentiasa kacau..tambahkan air jika terlalu pekat.
6. Masukkan air asam ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih dan naik minyak..



Alhamdulillah..siap pon😌 cuba-cuba la buat yer😉 senang ja😆 sedap pon sedap😚

Comments